News
  Events

Press Release   Ogos 23, 2010



CIMB labur RM1.1 bilion

Oleh WAN NAJIB WAN DAUD
najib.daud@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 Ogos ¨C Kumpulan CIMB yang berada dalam proses transformasi, akan melabur RM1.1 bilion menggunakan dana dalaman untuk meningkatkan dan menyatukan sistem kemudahan perbankan serantau miliknya mulai 2015.

Langkah penyatuan yang menyaksikan keseragaman sistem perbankan di bawah satu platform (1Platform) meliputi semua cawangan CIMB di Malaysia, Thailand dan Indonesia.

Jumlah pelaburan itu merupakan sebahagian daripada RM2.1 bilion yang disediakan oleh CIMB dalam memantapkan pelan semasa transformasi induk kumpulan berkenaan.

Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak berkata, selain menyeragamkan sistem perbankan itu, empat komponen lain yang terlibat ialah laporan kewangan dan pengurusan sistem, sistem pengurusan sumber manusia bersepadu, sistem transaksi perbankan serantau dan sistem pengurusan jualan di kaunter.

ˇ°Sistem perbankan sedia ada akan ditukar secara beransur-ansur dan mulai 2015 kesemua sistem akan diseragamkan di bawah satu bumbung meliputi semua cawangan CIMB di rantau ini,ˇ± katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian rakan kongsi teknologi CIMB di sini hari ini. Empat rakan kongsi teknologi itu ialah Silverlake Axis, Accenture, IDS Scheeer dan IBM.

Menurut Nazir, penggunaan 1Platform itu adalah asas kepada CIMB untuk menyatukan semua sistem perbankan di bawah satu bumbung selaras dengan hasrat untuk muncul sebagai pemain unggul perbankan di wilayah ini.

Beliau berkata, perjanjian yang dimeterai hari ini menyaksikan hanya 40 peratus daripada jumlah RM1.1 bilion projek itu diberi kepada rakan kongsi teknologi manakala selebihnya diberi mengikut kemajuan.

Nazir memberitahu, CIMB Thai akan menjadi bank pertama yang akan menggunakan sistem tersebut selewat-lewatnya tahun depan manakala cawangan CIMB di Indonesia pada tahun 2014 walaupun semua cawangan CIMB di negara itu telah menggunakan penyedia teknologi yang sama tetapi perlu dinaik taraf.

Bagi CIMB di Malaysia pula, sasaran untuk beralih kepada sistem perbankan baru itu akan mula digunakan selewat-lewatnya tahun 2013.

Mengulas lanjut katanya, CIMB masih lagi berharap agar cawangannya di Thailand dapat disenaraikan menjelang akhir tahun ini walaupun masih berdepan dengan pelbagai masalah.

ˇ°Syarikat induk (CIMB Thai) sudah pun berada di sana, jika penyenaraian terpaksa ditangguh ia tidak mendatangkan apa-apa masalah,ˇ± kata Nazir.

Bagi CIMB Niaga pula, pihaknya masih memerlukan sedikit masa bagi menentukan kedudukannya sebelum ia boleh disenaraikan kerana ia bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa di sana.

 

     Back to Newsroom    l   Back to Top